Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 18 Jul 2018
Versi 8.0.4b

KENYATAAN SEBUTHARGA

1. Sebutharga adalah dipelawa daripada kalangan kontraktor - kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) yang masih sah dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi perolehan seperti berikut:

2. Dokumen Sebutharga boleh diperolehi pada waktu pejabat setelah pembayaran dilakukan untuk Yuran Dokumen (tidak dikembalikan) dalam bentuk Wang Tunai dan hanya dijual kepada kontraktor yang sah dan mengikut syarat yang ditetapkan.

3. Kontraktor atau wakil kontraktor dikehendaki membawa Lesen Asal dan sesalinan lesen UPKJ dan CIDB untuk semakan sebelum dokumen sebutharga boleh dikeluarkan.

4. Dokumen Sebutharga yang dikemukakan harus disertakan dengan dokumen - dokumen seperti berikut:-

(a) Sijil Pendaftaran Perniagaan;

(b) Sijil Pendafataran Kontraktor dengan UPKJ;

(c) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB);

(d) Perakuan Pendaftaran CIDB;

(e) Surat Pendaftaran GST.

Kegagalan berbuat demikian, Jawatankuasa Sebutharga boleh menolak tawaran sebutharga.

5. Dokumen Sebutharga yang sempurna diisi hendaklah dimeteraikan dengan menggunakan sampul surat yang diatasnya bertanda SULIT dan ditulis dengan jelas tarikh tutup, nombor serta tajuk sebutharga dan perlu dimasukkan ke dalam peti sebutharga beralamat seperti berikut:-

Setiausaha
Majlis Daerah Sri Aman
Peti Surat 78
95007 Sri Aman

6. Tarikh tutup bagi semua tender tersebut di atas adalah pada 12.07.2017 (Khamis) jam 12.00 tengah hari dan sebarang dokumen tender yang diterima selepas masa yang ditetapkan akan ditolak.

7. Tempoh sahlaku tender hendaklah 90 hari dari selepas tarikh tutup.

8. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran sebutharga terendah atau mana - mana tawaran tender.


Setiausaha
Majlis Daerah Sri Am
an