Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 11 Dis 2018
Versi 8.1.2
Harden tinjau perkembangan projek Pasar Tamu, Terminal Bas Sri Aman
Tarikh : 09 Feb 2017  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

SRI AMAN: Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan, Datuk Francis Harden Hollis melakukan tinjauan melihat sendiri perkembangan Projek Pembangunan Pasar Tamu dan Terminal Bas Sri Aman  terletak berhadapan dengan Hotel Seri Simanggang di bawah Projek Pembesaran Bandar Sri Aman dekat sini pagi semalam.

Projek menelan kos berjumlah RM6.68 juta itu melibatkan proses komponen Terminal Bas sebanyak 10 petak manakala Pasar Tamu terbahagi kepada 140 lot gerai makanan kering dan 100 lot bagi gerai makanan basah.

Harden juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang ketika ditemui semasa tinjauan berkenaan berkata, terdapat juga lapan lot kedai dan tempat makan akan dilengkapi dengan kerusi dan meja menerusi projek ini.

“Bagi memudahkan pengguna juga, turut disediakan sebanyak 87 petak tempat meletak kereta dan 42 petak tempat meletak motosikal manakala sebanyak lima untuk kerja kerja pemunggahan barang,” ujarnya.

Beliau berkata, apabila projek ini siap nanti ia bakal memberi keselesaan kepada para peniaga dalam urusan jual beli.

Mengulas lanjut, Harden optimis bahawa pembinaan projek ini adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dijangka akan siap pada 30 September tahun ini.

“Siapnya projek ini nanti, ia adalah salah satu lagi mercu tanda pembangunan kepada penduduk di Bandar Sri Aman ini,” katanya lanjut.