Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Duduk rumah, keluar kecuali ada perkara penting ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Tarikh : 17 Mar 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

 

KUCHING: Sepanjang tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac, orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan harian dan mendapatkan barangan atau perkhidmatan penting.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar) yang berkata demikian menambah, langkah ini adalah untuk membendung penularan Covid-19 yang disifatkannya meningkat mendadak sejak beberapa hari lepas.

"Kerajaan Sarawak telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan yang lebih tegas untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri sebentar tadi," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan menghadkan pergerakan orang awam seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sepanjang tempoh itu juga, orang-ramai tidak dibenarkan makan atau minum di restoran dan kedai makan meskipun ia beroperasi seperti biasa untuk memudahkan orang ramai membawa balik untuk dimakan di rumah.

Pejabat-pejabat Kerajaan juga ditutup - hanya jabatan dan agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan penting sahaja dibenarkan beroperasi.

Hanya kilang-kilang di Samalaju, Hi-Tech Samajaya dan kilang-kilang papan lapis dibenarkan beroperasi dengan kakitangan yang minima sahaja, jelasnya.

"Mana-mana pihak yang tidak mematuhi Arahan ini boleh dikenakan tindakan penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bekalan makanan adalah mencukupi.

Hari ini, Malaysia mencatatkan dua kematian pertama akibat Covid-19 - satu di Sarawak dan satu lagi di Johor.