Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Sarawak guna penjejakan dan pemetaan digital bantu tangani COVID-19
Tarikh : 20 Mar 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

 

KUCHING: Sarawak akan menggunakan kaedah penjejakan dan pemetaan digital dalam usaha mengenalpasti mereka yang dikuarantin selain menandakan hotspot jangkitan COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar) berkata jawatankuasa ini akan mendapat bantuan daripada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dalam usaha berkenaan.

"SMA akan membantu jawatankuasa dalam Penjejakan Digital (Digital Tracking) untuk mengesan kepada sesiapa yang telah dikenalpasti untuk menjalankan kuarantin di rumah.

"Selain itu Pemetaan Digital (Digital Mapping) untuk mengenalpasti hotspot jangkitan COVID19. Perkara ini bagi membantu mereka untuk mematuhi syarat-syarat kuarantin yang telah ditetapkan dan ini bagi mengelakkan COVID-19 ini dari terus merebak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa di sini, hari ini.

Sementara itu ditanya berhubung dengan tindakan penduduk rumah panjang yang turut memasang tanda notis amaran melarang orang luar masuk, Uggah berkata ia satu perkembangan yang baik dalam usaha membantu usaha kerajaan.

Katanya, ia menunjukkan bahawa penduduk di rumah panjang juga menyedari usaha dilakukan kerajaan dalam mengekang wabak COVID-19 terus menular di negeri ini.

"Ia adalah untuk kebaikan semua dan mereka juga memainkan peranan masing-masing untuk memastikan keluarga dan penduduk tidak dijangkiti. Kebanyakan rumah panjang jauh dan jadi satu kemungkinan penyakit ini merebak dan dibawa orang luar," katanya.

Kebanyakan kes COVID-19 dicatatkan di Sarawak adalah kes import, kata Uggah.