Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Kontak rapat kumpulan ada kaitan COVID-19 diminta tampil buat saringan segera - Dr Sim
Tarikh : 06 Apr 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

 

KUCHING: Individu yang ada kontak dengan empat kumpulan ada kaitan dengan COVID-19 dimohon untuk datang membuat saringan dengan kadar segera, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Hui Hian (gambar).

Empat kumpulan tersebut ialah Majlis Jerayawara Wawasan Ummah Gemilang Majlis Islam Sarawak (MIS) pada 10 Mac 2020 di Dewan Suarah Kota Samarahan; kontak kepada kluster, staf dan pelajar SMK Kota Samarahan; kluster Good News Fellowship; dan individu terdedah dengan pesakit COVID-19. 

Dr Sim menerusi catatan yang dimuat naik dalam Facebook rasminya merayu kepada individu yang ada kontak dengan mana-mana kumpulan ini untuk segera tampilkan diri. 

“Tolong tampilkan diri untuk dinilai dan diuji. Tidak ada stigma. Sudah pasti bukan salah anda,” rayunya. 

Dengan tampilkan diri membuat saringan katanya, ia dapat menyelamatkan diri sendiri, keluarga serta rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

Lebih penting menurut Dr Sim, ia akan membantu menghentikan COVID-19 di Sarawak daripada menuju ke arah situasi seperti di Itali, Sepanyol, United Kingdom atau Amerika Syarikat.

“Setiap orang ada peranan masing-masing dan tolong mainkan peranan anda dengan serius,” ujar Dr Sim. 

Dalam pada itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dalam satu notis pengumuman yang dikongsikan Dr Sim menerusi Facebooknya meminta mereka yang ada kontak dengan empat kumpulan ini untuk datang membuat saringan COVID-19 segera. 

Saringan boleh dibuat di Dewan Suarah Kota Samarahan dari jam 8.30 pagi hingga 11 pagi dan 1 petang hingga 3 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat termasuk Sabtu dan Ahad mulai 6 April 2020. 

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan di talian 082-672101.