Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Tiada bazar Ramadan, Gawai di Sarawak tahun ini - Abang Johari
Tarikh : 05 Apr 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

Abang Johari (depan empat kiri) bersama tetamu jemputan lain di Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawak di hangar Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Miri. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Abang Johari (depan, empat kiri) bersama tetamu jemputan lain pada majlis simbolik penyerahan bantuan bekalan makanan Sarawak di hangar Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Miri. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

MIRI: Kerajaan negeri Sarawak mengambil keputusan untuk tidak membenarkan penganjuran bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak bagi tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keputusan ini dibuat berdasarkan situasi penularan wabak COVID-19, dan tidak mahu ia menjejaskan masyarakat secara keseluruhan. 

"Kerajaan negeri mengambil keputusan tidak membenarkan bazar Ramadan tahun ini begitu juga bazar Gawai Dayak kerana dua-dua ini berdekatan. 

"Tetapi saya mengesyorkan kita 'substitute' (mengganti) bazar Ramadan mungkin dengan mengadakan e-bazar Ramadan kerana saya menggalakkan penggunaan teknologi. 

"Di Miri kita ada satu tempat dinamakan (Hab Inovasi Digital SMA) TEGAS yang mana mereka (penjual) boleh belajar mengenai penggunaan teknologi 'online sales' (penjualan dalam talian). Kita boleh membekalkan, menghantar makanan yang dipesan oleh para pembeli," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Miri di sini hari ini.

Abang Johari berkata beliau yakin dengan adanya e-bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak ini adalah satu usaha terbaik untuk membekalkan pesanan para pembeli kelak. 

Terdahulu, Abang Johari menyempurnakan simbolik penyerahan Bantuan Bekalan Makanan Sarawak kepada Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau di hangar Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Miri. 

Bantuan Bekalan Makanan Sarawak ini kemudiannya diserahkan kepada Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain selaku penyelaras agihan bekalan tersebut yang akan diterbangkan menggunakan helikopter ke kawasan Baram. 

Dalam pada itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM16.4 juta untuk membekalkan makanan asas kepada golongan sasaran yang memerlukan di seluruh Sarawak.