Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
COVID-19: Masing cadang sambutan Hari Gawai peringkat negeri dibatalkan tahun ini
Tarikh : 05 Apr 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

 

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (gambar) mencadangkan agar sambutan Hari Gawai peringkat negeri tahun ini dibatalkan susulan wabak COVID-19.

Menurutnya, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada pemimpin-pemimpin Dayak untuk dipertimbangkan demi keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

“Bagaimanapun, individu boleh meraikan perayaan Hari Gawai di rumah atau rumah panjang masing-masing tetapi hanya dengan anggota keluarga sendiri.

“Ia boleh asalkan berada dalam lokasi zon hijau dan tidak dikategorikan di bawah zon merah COVID-19," katanya ketika dihubungi hari ini.

Perhimpunan Hari Gawai tahun lepas dihoskan oleh masyarakat Bidayuh, dan tahun ini masyarakat Orang Ulu menjadi tuan rumah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat berkata, perhimpunan ramai seperti Bazar Ramadan perlu dielak walaupun selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
 
Beliau berkata ini kerana walaupun tempoh PKP berakhir, norma dan amalan kehidupan rakyat Malaysia perlu berubah dan perhimpunan ramai tidak digalakkan dalam tempoh enam bulan hingga setahun. 

PKP di negara ini mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan Kerajaan Sarawak mengarahkan penganjuran semua majlis kerajaan dan awam melibatkan lebih 50 peserta ditangguhkan.

Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha dan langkah bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.