Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
COVID-19: Pusat kuarantin kedua di Sri Aman dibuka hari ini
Tarikh : 05 Apr 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

Harden (dua kiri) meninjau kerja-kerja akhir ubah suai dan baik pulih Asrama Pelatih Jururawat sebagai TQC COVID-19 kedua di Sri Aman.

KUCHING: Pusat kuarantin (TQC) sementara kedua bagi pesakit COVID-19 di Sri Aman dibuka hari ini selepas kerja baik pulih Asrama Pelatih Jururawat Masyarakat Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman siap dilaksanakan.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis seperti yang dipersetujui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, asrama ini digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pesakit COVID-19. 

“Asrama ini mempunyai 19 bilik dan boleh menempatkan 24 orang dalam satu masa.

“Fungsi TQC ini adalah sebagai tempat pengasingan bagi kes orang disyaki (PUI) serta mempunyai sejarah kontak rapat dengan pesakit COVID-19. 

“Mereka ini belum disahkan positif dan diasingkan di TQC ini untuk pemantauan selama 14 hari  sehingga keputusan ujian diperolehi,” katanya ketika lawatan bagi meninjau kerja-kerja penyiapan TQC tersebut, Jumaat lepas.

Tambah Harden, sebagai persediaan, satu lagi TQC bakal dibuka di Sri Aman iaitu di  Asrama Pelatih Penolong Pegawai Perubatan di sini. 

Asrama ini katanya mempunyai  26 bilik yang boleh memuatkan 34 orang dalam satu masa.

Kerja-kerja baik pulih dan ubah suai katanya sedang giat dilaksanakan dan sedia untuk digunakan dalam masa terdekat ini. 

Pada lawatan tersebut Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menyaksikan penyerahan sumbangan kelengkapan peralatan dengan anggaran nilai RM30,000 untuk kegunaan TQC di Sri Aman. 

Sumbangan disampaikan Pengerusi Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman, Temenggong Kueh Aik Seng kepada Pegawai Kesihatan Bahagian, Dr Euphrasia Bari disaksikan Harden serta yang lain.