Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
COVID-19: Rakyat Sarawak dari luar negara dikuarantin terus di negeri ini bukan lagi Kuala Lumpur
Tarikh : 03 Apr 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara tidak akan dikuarantin di Kuala Lumpur tetapi dikuarantin di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini berkata, ia susulan keputusan Jawatankuasa Khas Menteri yang bersidang di Kuala Lumpur hari ini.

"Pada hari ini keputusan Jawatankuasa Khas Menteri telah bersidang memutuskan semua rakyat Sarawak dari luar negara tidak akan dikuarantin di Kuala Lumpur, tetapi dikuarantin di Sarawak," kata sekretariat menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini pada 31 Mac, sidang Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan arahan semua warganegara Malaysia yang tiba dari luar negara di kuarantin selama 14 hari di Stesen Kuarantin. Ini sebagai langkah berjaga-jaga dalam usaha membendung penularan COVID-19. 

Berhubung pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat, hari ini ia berada pada tahap 95.5 peratus, ujar jawatankuasa.

Semalam polis menangkap 32 orang di seluruh negeri kerana melanggar PKP dan seramai 44 orang telah dituduh di mahkamah pada 2 April 2020 (Khamis).

"Daripada 32 yang ditangkap, daerah Kuching antara yang tertinggi iaitu 15 orang, diikuti Miri (4), Padawan, Kota Samarahan dan Bau masing-masing (3), Sarikei (2) manakala Bintulu dan Serian masing-masing (1)," kata kenyataan itu.

Bagi kes pertuduhan mengikut daerah, sehingga semalam (2 April), daripada 44 individu, sebanyak 14 pertuduhan adalah di Kota Samarahan, diikuti Padawan (13), Serian (8), Kuching (6), Miri, Bintulu dan Meradong masing-masing (1).