Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Pergerakan keluar daerah mesti mendapat kebenaran Balai Polis sepanjang PKP
Tarikh : 02 Apr 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Kebenaran untuk bergerak dari daerah ke daerah hendaklah melalui Balai Polis terdekat berkuatkuasa 3 April 2020 sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kelulusan yang diperolehi dari Pejabat Daerah sebelum 2 April hendaklah disahkan semula di Balai Polis.

“Sebelum ini kebenaran bagi pergerakan dari daerah ke daerah diperolehi dari Pejabat Daerah. Tetapi mulai 3 April, kebenaran untuk pergerakan dari daerah ke daerah hendaklah diperolehi dari Balai Polis Daerah terdekat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Mengenai syarat-syarat bagi pergerakan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet, bagi kes Sarawak, syarat ini menurut Uggah dilonggarkan di kawasan luar bandar. 

“Pagi tadi kita telah bermesyuarat dan mengemukakan isu ini kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak bahawa penduduk di luar bandar mesti ada kelonggaran. Kerana untuk penduduk di rumah panjang misalnya mereka tidak boleh mendapatkan perkhidmatan klinik dalam radius 10 kilometer dari rumah panjang mereka.

“Pesuruhjaya Polis Sarawak telah bersetuju untuk memberi kelonggaran ini kepada mereka di luar bandar bagi tujuan tersebut,” katanya.