Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Snowdan nasihat penduduk kampung di Pantu jalani saringan COVID-19
Tarikh : 01 Apr 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

 

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan (gambar) menggesa penduduk sebuah kampung dalam kawasan Pantu untuk membuat pemeriksaan saringan kesihatan selepas salah seorang penghuninya positif COVID-19.

Beliau berkata, saringan kesihatan perlu dibuat bagi memastikan kampung berkenaan bebas daripada COVID-19 terutamanya kontak rapat pesakit terbabit.

“Ya, memang betul...salah seorang di kawasan saya iaitu di Pantu didapati positif COVID-19.

“Oleh demikian, saya mahu menasihatkan penduduk di situ untuk membuat pemeriksaan saringan kesihatan secepat mungkin dan melakukan kuarantin diri dengan duduk di rumah sekurang-kurangnya selama dua minggu,” katanya tanpa mendedahkan nama kampung tersebut ketika dihubungi hari ini.

Snowdan yang juga Menteri Muda Belia dan Sukan turut memohon penduduk di kampung berkenaan untuk bercakap benar dengan para petugas kesihatan apabila membuat pemeriksaan kesihatan.

“Selain itu, sentiasa menjaga kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan pastikan kawasan persekitaran rumah dijaga dengan bersih,” katanya.

Rakyat di kawasan itu katanya, perlu mengambil serius perkara tersebut usaha memutuskan rangkaian wabak COVID-19.

“Malah saya menggesa mereka untuk mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua ini bagi bersama-sama mengekang penularan wabak COVID-19,” kata beliau.