Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Sarawak kekal waktu operasi premis perniagaan 7 pagi hingga 7 malam
Tarikh : 31 Mar 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

Dr Sim pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.

Dr Sim pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengekalkan waktu operasi premis perniagaan dari jam 7 pagi hingga 7 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Sarawak tidak akan mengikut tempoh larangan premis perniagaan beroperasi di Semenanjung yang menetapkan jam 8 pagi hingga 8 malam.

"Keputusan ini memandangkan jika kita mengubahnya, ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan orang awam dan gangguan kepada operasi perniagaan terutama dalam sektor logistik dan pengangkutan.

"Apa sahaja sekatan masa baharu, matlamatnya masih sama, kami mahu orang ramai duduk di rumah. Ini akan membolehkan kami memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di sini, hari ini.

Dr Sim turut memberitahu, selain itu jawatankuasa juga telah memutuskan untuk meneliti membina lebih banyak lagi pusat kuarantin bagi Kuching.

Antara yang dicadangkan institusi latihan kepimpinan dan pengurusan Aminuddin Baki dan Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Selain itu, kita juga sedang melihat cadangan untuk diwujudkan di Akademi Kastam Diraja," katanya.

Sementara itu berhubung kesalahan dibawah PKP di Sarawak, polis telah menahan seramai 276 individu yang ingkar perintah di seluruh negeri dari 18 hingga 31 Mac, tambah Dr Sim.

Beliau berkata, 83 daripada mereka dituduh di mahkamah dengan 66 daripada mereka mengaku bersalah.

Katanya, daripada 66 individu yang mengaku bersalag, 54 daripadanya dihukum penjara antara satu hingga empat bulan sementara 12 orang lagi didenda antara RM1,000 hingga RM2,000.

Sementara itu jumlah tangkapan harian untuk tempoh 24 jam adalah 46 orang.