Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Perutusan Setiausaha Perutusan Setiausaha



Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA). Laman web ini menjadi satu platform tambahan untuk menyampaikan perkhidmatan Majlis dan maklumat terkini dengan pantas kepada orang awam dan komuniti setempat. Saya amat berharap agar laman web ini dapat dimanfaatkan sebagai kemudahan kepada orang awam untuk mengakses informasi terutamanya berkaitan dengan peranan MDSA dalam membantu menyediakan perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat dan komuniti setempat.

Selaras dengan hasrat dan penekanan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempertingkat keupayaan dan kepesatan teknologi maklumat di setiap agensi kerajaan, saya melihat laman web ini sebagai satu pendekatan yang inovatif dan kreatif untuk berurusan dengan masyarakat kerana ia menjadi salah satu daripada wahana yang boleh dijadikan penghubung antara MDSA dengan orang awam.

Usaha pembangunan laman web rasmi MDSA ini juga berhasrat untuk memendekkan jarak dan masa urusan antara pihak Majlis dengan masyarakat. Ia merupakan saluran komunikasi yang penting dalam menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada pengguna sama ada dari domestik ataupun global kerana ianya dapat dicapai di mana jua melalui rangkaian intenet tanpa mengira had masa dan sempadan.

Akhir kata, saya amat berharap laman web rasmi ini dapat memberi informasi berguna kepada pelanggan Majlis. Pihak MDSA akan sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dalam laman web ini dari semasa ke semasa

Sekian, terima kasih.

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”
“AN HONOUR TO SERVE”

 

Phang Joon Foong,
Setiausaha,
Majlis Daerah Sri Aman.