Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 18 Nov 2019
Versi 8.2.2
Fungsi dan Peranan Fungsi dan Peranan

Adalah menjadi hasrat kerajaan agar di sesebuah daerah dapat menyumbangkan idea dan cadangan kepada pihak kerajaan tempatan mengenai perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat sejagat dengan tertubuhnya Majlis - Majlis Daerah di Sarawak. Dengan demikian, Majlis Daerah Sri Aman memeainkan peranan utama sebagai 'frontliner' dalam usahanya mentadbir dan memberikan kemajuan dan pembangunan yang menyeluruh kepada warga Sri Aman.
Majlis Daerah Sri Aman juga bertindak untuk menerajui kesejahteraan rakyat melalui perkhidmatan teras (core bussiness) yang disediakan untuk masyarakat di Daerah Sri Aman dengan melaksanakan agenda pembangunan dalam bidang berikut:

  1. Memberi perkhidmatan perbandaran yang cekap dan efisien secara berterusan.
  2. Merancang, melaksana dan menyelenggara projek pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan.
  3. Memastikan setiap pegangan di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan diukurperiksa dan dikenakan cukai taksiran dan levi (Ladang Kelapa Sawit).
  4. Mengkaji semula dan menguatkuasakan undang - undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.
  5. Merancang, mengurus dan menyediakan kemudahan perpustakaan awam.
  6. Merancang, melaksana dan menilai impak program pembangunan komuniti.