picture

Perkhidmatan Kami

 

Perkhidmatan Kami


FUNGSI DAN PERANAN MAJLIS DAERAH SRI AMAN


(1)   BAHAGIAN KEJURUTERAAN

  • Merancang, merekabentuk, melaksana dan mengawal projek – projek pembangunan Majlis selari dengan keperluan dan kehendak penduduk setempat  dan peruntukan kewangan yang sedia ada.
  • Mengindahkan, memperbaiki dan menambahkan keindahan kawasan persekitaran bandar melalui kerja – kerja perlanskapan.
  • Memastikan dan melaksanakan penyelenggaraan yang berterusan ke atas aktiviti membaikpulih jalanraya, parit, taman rekreasi, rumput dan sebagainya untuk kepuasan pihak awam.
  • Memproses dan meluluskan permohonan pelan bangunan bagi bangunan persendirian dan bangunan perniagaan dan memastikan bangunan tersebut mencapai kualiti dan piawaian yang telah ditetapkan dalam Building Ordinance 1994.


(2)  BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR

  • Melaksanakan pemeriksaan ke atas premis – premis makanan dan minuman untuk menilai tahap kebersihan makanan dan minuman supaya selamat untuk kegunaan orang ramai.
  • Menyediakan pelan tindakan tahunan kawalan vektor bagi mencegah wabak penyakit berjangkit seperti perkhidmatan pembuangan sampah sarap, pelupusan sampah, menyapu dan membersih parit, jalanraya dan tandas awam.
  • Memastikan aktiviti pengeluaran dan pembaharuan lesen – lesen perniagaan dan pemeriksaan terhadap premis – premis perniagaan beroperasi dengan lancar dan berkesan

(3)  BAHAGIAN PENGUATKUASA

  • Menguatkuasa Undang – Undang Kecil (By-Laws) Majlis Daerah Sri Aman.
  • Memastikan masyarakat supaya mengetahui, memahami dan mematuhi Undang – Undang Kecil Majlis.
  • Penguatkuasa dengan mengeluarkan kompaun kepada pesalah – pesalah di bawah Undang – Undang Tempatan.

(4)  BAHAGIAN PENILAIAN DAN PERCUKAIAN

  • Bertanggungjawab melakukan kerja – kerja penilaian dan ukurperiksa ke atas harta benda dan bangunan seperti menyiapkan rekod ukurperiksa, mendaftarkan harta yang telah diukurperiksa dan membuat penilaian harta.
  • Bertanggungjawab ke atas urusan tukar milik harta.
  • Menyediakan Notis Taksiran dan Notis Menagih Cukai Pintu kepada pemilik – pemilik harta.
  • Menguruskan harta yang dilaporkan telah roboh dan melakukan siasatan susulan.
  • Menguruskan permohonan pengecualian dan pengurangan cukai pintu.

(5)  BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI

  • Menguruskan mesyuarat – mesyuarat bersama penduduk.
  • Menguruskan penganjuran Majlis – majlis rasmi dan program kemasyarakatann yang dianjurkan oleh Majlis dan Jawatankuasa Penduduk.
  • Menguruskan dan memastikan zon Majlis melaksanakan aktiviti dan mengumpulkan laporan aktiviti yang dilaksanakan.
  • Menyelaras program Lozal Agenda dan membuat laporan aktiviti.
  • Mengadakan dialog dan program masyarakat bersama – sama tetamu kehormat.
  • Menguruskan program – program mesra rakyat.
  • Merancang program – program yang boleh meningkatkan imej Majlis.
  • Menggerakkan persatuan, jawatankuasa penduduk untuk bersama – sama mengadakan aktiviti kemasyarakatan.
  • Menguruskan jawatankuasa sosial, perayaan dan kemasyarakatan Majlis.
  • Menguruskan seksyen Perpustakaan.

       (5.1)  SEKSYEN PERPUSTAKAAN

  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada orang ramai bagi menggalakkan tabiat suka membaca.
  • Menyelaraskan dan mengawal operasi dan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ke sekolah – sekolah di luar bandar.
  • Menyediakan perkhidmatan Perpustakaan Desa ke kawasan – kawasan pendalaman.

(6)  BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
  • Merupakan Sekretariat kepada keseluruhan organisasi.
  • Bertindak sebagai Penasihat kepada pembuat polisi yang berkaitan dengan prosedur atau dasar kerajaan dan peraturan – peraturan sosial dan ekonomi.
  • Mengawal kemajuan dan pembangunan ke atas pelaksanaan program – program sosial dan ekonomi.
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia seperti perjawatan, latihan, pencen dan sebagainya.

         (6.1) SEKSYEN KEWANGAN

  • Bertanggungjawab memastikan kebersihan kualiti perkhidmatan kaunter kepada orang ramai.
  • Memastikan hasil – hasil Majlis dikutip dengan sempurna dan urusan penutupan harian di kaunter dijalankan dengan baik.
  • Menyediakan Draf Anggaran Hasil dan Perbelanjaan, Permohonan ‘Virement / Supplementary Provision’.
  • Menguruskan ‘Local Purchase Order’ (LPO) dan ‘Service Order’ (SO) serta pembayaran baucer.
  • Menguruskan perakaunan melalui penyediaan Abstrak Bulanan, Penyata Penyelesaian Bank, penyediaan Akaun Tahunan, pengurusan Pelaburan Simpanan Majlis, penyediaan Borang Hasil Terpakai dan Belum Terpakai.