picture

 

Perutusan Walikota



Saya berasa bangga dan terharu di atas pelaksanaan dan pelancaran Laman Web Rasmi Majlis Daerah Sri Aman ini. Dengan Laman Web ini, Majlis Daerah Sri Aman berhasrat untuk mengeratkan lagi hubungan dengan segenap masyarakat terutamanya orang Sri Aman yang berada di luar daripada Daerah Sri Aman.

Tumpuan khas adalah masyarakat yang mempunyai kemudahan perkhidmatan Internet untuk mereka memperolehi maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis. Selain itu, mereka akan lebih mengetahui dan memahami organisasi termasuk keperluaan yang sedia ada.

Pelaksanaan dan pelancaran Laman Web ini berupa usaha gigih pertama dalam arena penggunaan ICT oleh kakitangan Majlis ini. Atas usaha ini, saya ingin merakamkan syabas dan penghargaan saya kepada mereka yang menyumbang kepada tugas yang mencabar ini.

Melalui Laman Web ini Majlis Daerah Sri Aman berupaya mendampingi anda semua tanpa mengira masa dan lokasi anda berada. Teguran, cadangan dan maklumbalas anda amatlah dialu - alukan agar Majlis Daerah Sri Aman dapat mempertingkatkan mutu Laman Web ini, serta juga meningkatkan kualiti perkhidmatan Majlis kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.


(KR Anthony Abell anak Chendan)
Walikota
Majlis Daerah Sri Aman