Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
 
Struktur Organisasi Ahli MajlisStruktur Organisasi Ahli Majlis

Penubuhan Majlis – Majlis di Negeri Sarawak adalah di atas hasrat kerajaan waktu itu supaya masyarakat di sesuatu Daerah dapat menyumbangkan idea atau buah fikiran kepada Kerajaan mengenai perkhidmatan – perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat setempat. Selain itu, ia ditubuhkan seupaya setiap negeri dapat ditadbir dengan sejahtera dan menuju ke arah kemajuan.

Menurut Local Authority Ordinance 1996, Section 10, 11 and 12 komposisi Majlis Daerah adalah seperti berikut:-

  • Walikota (Pengerusi)
  • Timbalan Walikota (Timbalan Walikota)
  • Tidak kurang daripada 6 dan tidak lebih daripada 30 orang kaunselor (Ahli Majlis)

Kesemua ahli di atas adalah dilantik oleh Yang DiPertua Negeri Sarawak iaitu golongan yang pada pandangan beliau adalah individu yang berjasa dan cemerlang di dalam kerjaya yang diceburi. Pegawai Daerah dilantik sebagai Pengerusi atau Timbalan Pengerusi bagi sesuatu Majlis, beliau akan menjadi Ex-Offico dan akan memegang jawatan tersebut selagi beliau berkhidmat di daerah berkenaan. Tempoh lantikan (term of office) adalah tidak melebihi tiga (3) tahun dan Ahli Majlis mestilah warganegara Malaysis.

Kedudukan teratas dalam Majlis dipegang oleh Walikota (Pengerusi) dan Ahli Majlis namun kedua – duanya tidak diberi kuasa eksekutif. Sebaliknya mereka hanya bertindak pembuat dasar atau polisi – polisi tertentu.

Kuasa sebenar terletak di tangan Pegawai Tadbir (Setiausaha) yang merupakan Ketua Eksekutif Majlis dan turut dibantu oleh Pegawai Tadbir (Penolong Setiausaha). Mereka bertindak sebagai badan pelaksana bagi dasar – dasar atau polisi yang dibentuk dan dibantu oleh kakitangan – kakitangan lain di setiap bahagian yang wujud di dalam Majlis itu sendiri.

Di dalam Majlis ini terdapat 32 orang Ahli Majlis termasuk Walikota (Pengerusi) dan Timbalan Pengerusi. Golongan ini dilantik oleh Tuan Yang DiPertua (TYT) Negeri Sarawak bagi tempoh dua tahun dalam satu penggal untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan serta mengendalikan mesyuarat jawatankuasa. Terdapat lima (5) jawatankuasa utama di dalam Majlis Daerah Sri Aman iaitu:-

v  Jawatankuasa Kesihatan Awam, Tujuan Am dan Pelesenan

v  Jawatankuasa Pembangunan Komuniti dan Pelancongan

v  Jawatankuasa Kerja Raya, Traffik dan Lanskap

v  Jawatankuasa Kewangan dan Perjawatan

v  Jawatankuasa Majlis Penuh

Jawatankuasa Pembukaan Tender

Jawatankuasa Lembaga Tender

Jawatankuasa Pelan Bangunan

 

Jawatankuasa – jawatankuasa ini akan bermesyuarat empat (4) kali dalam setahun untuk berbincang dan mengendalikan perkara – perkara yang terletak di bawah bidang kuasa mereka. Semasa mesyuarat tersebut, ketua atau pembantu dari bahagian – bahagian tertentu di dalam Majlis akan membentangkan laporan mengenai tugas mereka serta membangkitkan isu dan masalah – masalah yang dihadapi.

Ahli – ahli jawatankuasa ini akan bertindak sebagai pembuat keputusan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul hasil daripada laporan tersebut. Mereka juga bertindak sebagai pembuat polisi atau dasar manakala Setiausaha dan Penolong Setiausaha serta kakitangan yang lain menjadi badan pelaksanaannya.