Program Pemvaksinan Anti-Rabies (House to House) di Bandar Simanggang
Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Sri Aman akan mengadakanprogram Vaksinasi Anti-Rabies untuk anjing di Bandar Simanggang dalam usaha menyekat penularan wabak Rabies di Sarawak. Ini bertujuan untuk memastikan tahap imunisasi yang optimun pada anjing. Setiap pemilik anjing dikehendaki untuk membawa anjing mereka mendapatkan suntikan Anti-Rabies selaras dengan Anti Rabies Vaccination Order, Section40, Veterinary Public Helath Ordinance 1999.
Tentatif Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Sri Aman adalah seperti di bawah :-
Tarikh : 18 - 22 Januari 2021 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 25 - 29 Januari 2021 Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang