Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 22 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Pengumuman
Kenyataan Tender 04/2017
Dipaparkan pada 08 Aug 2017

KENYATAAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada kalangan kontraktor - kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) yang masih sah dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi perolehan seperti berikut:

2. Dokumen Tender boleh diperolehi pada waktu pejabat setelah pembayaran dilakukan untuk Yuran Dokumen (tidak dikembalikan) dalam bentuk Wang Tunai dan hanya dijual kepada kontraktor yang sah dan mematuhi syarat - syarat yang ditetapkan.

3. Kontraktor atau wakil kontraktor dikehendaki membawa Sijil Asal lesen UPKJ & CIDB serta salinannya untuk semakan semasa pembelian dokumen tender.

4. Dokumen Tender yang dikemukakan harus disertakan dengan dokumen - dokumen seperti berikut:-

(a) Sijil Pendaftaran Perniagaan;

(b) Sijil Pendafataran Kontraktor dengan UPKJ;

(c) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB);

(d) Perakuan Pendaftaran CIDB.

5. Dokumen Tender yang sempurna diisi hendaklah dimeteraikan dengan menggunakan sampul surat yang diatasnya bertanda SULIT dan ditulis dengan jelas tarikh tutup, nombor serta tajuk tender dan perlu dimasukkan ke dalam peti tawaran / tender beralamat seperti berikut:-

Setiausaha
Majlis Daerah Sri Aman
Peti Surat 78
95007 Sri Aman

6. Tarikh tutup bagi semua tender tersebut di atas adalah pada 22.08.2017 (Selasa) jam 12.00 tengah hari dan sebarang dokumen tender yang diterima selepas masa yang ditetapkan akan ditolak.

7. Tempoh sahlaku tender hendaklah 90 hari dari selepas tarikh tutup.

8. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran tender terendah atau mana - mana tawaran tender.


Setiausaha
Majlis Daerah Sri Am
an